Pages

Labels

Wednesday 25 April 2012

Bab 3: Bulatan (II)

Ini ialah nota ringkas bagi Bulatan (II). Lebih senang difahami. Jika ada apa-apa masalah boleh komen dan beritahu cikgu. Jangan malu-malu. :) 


Bab 2 Poligon (II) Latihan Tubi

Latihan Tubi:









Thursday 19 April 2012

Bab 1: Garis dan Sudut (II)

Sifat-sifat sudut yang berkaitan dengan Rentasan Lintang dan Garisan Selari 

Mengenal pasti rentasan lintang, sudut sepadan, sudut selang-seli dan sudut pedalaman.

Rentasan lintang (transversal) ialah satu garis lurus yang bersilang dengan dua atau lebih garisan lurus yang lain.

Contoh:
AB adalah rentasan lintang (transversal).

Merujuk kepada rajah di atas, PQ adalah rentasan lintang. Apabila ia bersilang dengan dua garisan selari (parallel lines) RS dan TU, tiga jenis sudut akan terbentuk.
  • Sudut sepadan (corresponding angles):
    a dan b, e dan f
    c dan d, g dan h

  • Sudut selang-seli (alternate angles):
    b dan g, e dan d

  • Sudut pedalaman (interior angles):
    b dan e, d dan g

Mengenal pasti sifat sudut yang berkaitan dengan garisan selari.

Dengan menggunakan jangka sudut, kita boleh menunjukkan bahawa pernyataan berikut adalah BENAR.
Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan selari,
  • Sudut sepadan adalah sama.
  • Sudut selang-seli adalah sama.
  • Sudut pedalaman adalah tambahan: jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah 180° .


Sudut sepadan.
a = b, e = f
c = d, g = h


Sudut selang-seli.
a = b
c = d


Sudut pedalaman.
a + b = 180°
c + d = 180°

Kenyataan sebaliknya juga adalah benar:

Apabila rentasan lintang bersilang dengan dua garisan lurus, maka kedua-dua garisan tersebut adalah selari jika,
  • Sudut sepadan adalah sama.
  • Sudut selang-seli adalah sama.
  • Jumlah (hasil tambah) sudut pedalaman adalah 180°.

Contoh 1:
Dalam rajah dibawah, semua garis yang ditunjukkan adalah garis lurus.

a) Namakan rentasan lintal yang bersilang dengan dua garisan selari.
Jawapan:
AB dan CD adalah garisan selari, manakala
KL, MN dan PQ adalah rentasan lintang.

b) Senaraikan pasangan
  • Sudut sepadan (corresponding angles).
    Jawapan: 
    b dan e adalah sudut sepadan.

  • Sudut selang-seli (alternate angles).
    Jawapan:
    c dan f adalah sudut selang-seli.

  • Sudut pedalaman (interior angles) diantara dua garisan selari.
    Jawapan:
     a dan d adalah sudut pedalaman.


Penyelesaian masalah yang melibatkan sudut yang berkait dengan rentasan lintang.

Contoh 2:

Dalam rajah di atas, ABCD ialah satu garis lurus. Apakah nilai x?

Jawapan:
BE dan CG adalah garisan selari.
Oleh itu, x + 65° = 135°     sudut sepadan
x = 135° - 65°
x = 70°

 

 

Wednesday 18 April 2012

Kepada Pelajar Tingkatan Tiga

Selamat sejahtera para pelajar. Cikgu sekarang akan memberitahu anda sukatan Matematik Tingkatan Tiga. Dengan ini, anda dapat mengetahui apa topik yang akan dipelajari dalam masa akan datang.

Topik-topik:
1. Garis dan Sudut (II)
2. Poligon (II)
3. Bulatan (II)
4. Statistik (II)
5. Indeks 
6. Ungkapan Algebra (III)
7. Formula Algebra 
8. Geometri Pepejal (III)
9. Lukisan Berskala
10. Transformasi (II)
11. Persamaan Linear (II)
12. Ketaksamaan Linear
13. Graf Fungsi
14. Nisbah, Kadar dan Perkadaran (II)
15. Trigonometri
16. Penyumbang

Saya harap maklumat ini dapat membantu anda untuk membuat persediaan dalam bidang Matematik. 
Marilah belajar bersama-sama. :)